Semangat.

BERSEMANGATNYA DAP, AMANAH DAN PKR DI PERAK

Susulan daripada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan pihak dari PH, termasuk DAP, di dalam menubuhkan sebuah kerajaan baru di Perak hari ini, rakan-rakan wartawan telah bertanya kepada Pengerusi DAP Perak, Pengerusi AMANAH Perak dan Pengerusi PKR Perak mengenai kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan UMNO di Perak.

Berikut adalah jawapan mereka yang dipanjangkan kepada saya.

Ini adalah jawapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming:

“In the best interest of the people, DAP Perak is ready to work with any party that can help to form a multiracial, strong & stable government.”

(“Demi kepentingan rakyat, DAP Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu menubuhkan sebuah kerajaan yang berbilang-kaum, kuat dan stabil.”)

Ini adalah jawapan Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi:

“We, AMANAH & PH, are ready to work with any party, including UMNO, to form a strong and stable government in Perak. Our priority is the interest of the people who have suffered enough during this COVID-19 pandemic.”

(“Kami, AMANAH & PH, sedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO, bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil di Perak. Keutamaan kami adalah kepentingan rakyat yang cukup menderita sewaktu pandemik Covid-19 ini.”)

Ini adalah jawapan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador:

“Yes, we are ready for the benefit of the rakyat.”

(“Ya, kami sedia untuk manfaat rakyat.”)

Semua nampaknya menggunakan “kepentingan/manfaat rakyat” sebagai justifikasi untuk sedia bekerjasama dengan UMNO di dalam menubuhkan sebuah kerajaan baru di Perak.

Soalnya ialah bagaimana “kleptokrat, perompak, pencuri dan penyamun” boleh menjaga “kepentingan/manfaat rakyat”?

Ataukah UMNO tidak pernah atau kini sudah bukan lagi memegang gelaran “kleptokrat, perompak, pencuri dan penyamun”?

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s