Petunjuk.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

اِنَّكَ لَا تَهْدِيْ مَنْ اَحْبَبْتَ وَلٰـكِنَّ اللّٰهَ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَآءُ ۗ وَهُوَ اَعْلَمُ بِا لْمُهْتَدِيْنَ

“Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”
(QS. Al-Qasas : 56)

Semangat.

BERSEMANGATNYA DAP, AMANAH DAN PKR DI PERAK

Susulan daripada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan pihak dari PH, termasuk DAP, di dalam menubuhkan sebuah kerajaan baru di Perak hari ini, rakan-rakan wartawan telah bertanya kepada Pengerusi DAP Perak, Pengerusi AMANAH Perak dan Pengerusi PKR Perak mengenai kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan UMNO di Perak.

Berikut adalah jawapan mereka yang dipanjangkan kepada saya.

Ini adalah jawapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming:

“In the best interest of the people, DAP Perak is ready to work with any party that can help to form a multiracial, strong & stable government.”

(“Demi kepentingan rakyat, DAP Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu menubuhkan sebuah kerajaan yang berbilang-kaum, kuat dan stabil.”)

Ini adalah jawapan Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi:

“We, AMANAH & PH, are ready to work with any party, including UMNO, to form a strong and stable government in Perak. Our priority is the interest of the people who have suffered enough during this COVID-19 pandemic.”

(“Kami, AMANAH & PH, sedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO, bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil di Perak. Keutamaan kami adalah kepentingan rakyat yang cukup menderita sewaktu pandemik Covid-19 ini.”)

Ini adalah jawapan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador:

“Yes, we are ready for the benefit of the rakyat.”

(“Ya, kami sedia untuk manfaat rakyat.”)

Semua nampaknya menggunakan “kepentingan/manfaat rakyat” sebagai justifikasi untuk sedia bekerjasama dengan UMNO di dalam menubuhkan sebuah kerajaan baru di Perak.

Soalnya ialah bagaimana “kleptokrat, perompak, pencuri dan penyamun” boleh menjaga “kepentingan/manfaat rakyat”?

Ataukah UMNO tidak pernah atau kini sudah bukan lagi memegang gelaran “kleptokrat, perompak, pencuri dan penyamun”?

PAS.

1. PAS bersama DAP sudah lama malah pernah menjadi Menteri Besar Perak atas sokongan padu DAP di PRU ke 12.

2. PAS bersama DAP menubuhkan Kerajaan Selangor sejak PRU Ke 12.

3. PAS bersama DAP menubuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak PRU ke 12.

4. PAS juga pernah bersama Semangat 46 dan DAP ketika krisis pepecahan UMNO 1987/88.

5. PAS hanya meninggalkan DAP bila wujudnya Parti Amanah pecahan PAS yang di ketuai bekas pemimpin utama PAS.

6. PAS mula bersama UMNO bila PH berkuasa dan erat bersama UMNO hingga dapat menjadi Kerajaan.

7. Bila bersama Kerajaan campuran ahli Parlimen kenapa PAS sanggup meninggalkan UMNO dan lebih erat dengan PPBM malah menyokong dan menyertai PN sedangkan PAS bukan tidak tahu masalah yang bakal timbul?

8. Krisis di Perak hanya melibatkan pertukaran MB dan kenapa PAS enggan bersama UMNO menubuhkan Kerajaan Melayu yang baru dan kenapa PAS hanya mempertahankan PPBM adakah hanya kerana PAS dah mendapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi.

Kesimpulannya kenapa menuduh UMNO bersama DAP sedangkan kamu enggan menyokong MB dari UMNO?

Adakah UMNO cuma batu loncatan dan kuda tunggangan sahaja demi mencapai matlamat?

Fikirlah hati ke hati.. maafkan saya kerana berkata benar.

*Esmee Rakyat.*